Wednesday, November 19, 2008

tOlongLah..

assalamualaikum..
berkali-kali aku menatap muka surat yang sama.namun aku masih tak dapat nak memahami setiap butir yang hendak diterangkan.Ya Allah , kenapalah dengan aku hari ni..padahal member dah datang study group dengan aku..dengan dia sekali tak faham subjek nih..camne ek?sebab ini adalah last paper ke?jadi segala kesungguhan aku nak menelaah dah hilang ditelan keseronokan nak bercuti sebulan?(sebulanlah sangat).


ya Allah, study kat 'u' ni memang mencabar mental aku la.Yelah, aku kan berasal dari tingkatan enam.Jadi suasana pembelajaran tu agak berbeza.Atau aku yang terlalu 'honeymoon' masa first year ni?tu semua alasan je sebenarnya.aku yang main-main.Ni la akibatnya.Atau subjek nih yang terlalu sukar(sekali lagi aku membela kelemahan diri).nampak sangat aku ni hipokrit.
Itulah masa belajar enjoy maut.Lecturer lambat sket je aku da cabut.Aku la orang yamg paling awal sekali men'cabut'kan diri dari dewan kuliah.(tapi setiap kali aku cabut,kebetulan lak lecturer mmg konpom tak masuk).Macam tau2 sahaja student bertuah ni da angkat kaki.Ish3..
Korang tau tak subjek aku nih memang memerlukan aku menterbalikkan kepala untuk aku paham?haha,
salah satunya .. volkerpsychologie..merupakan penemuan asas teori linguistik.Linguistik tu berkaitan dengan kebahasaan la..bahasa yang mempunyai 2 aspek iaitu fenomenon luaran yang melibatkan pertuturan yang kita lakukan dan fenomenon dalaman iaitu proses kognitif yang membawa maksud macam mana otak kita mentafsir apa yang dituturkan oleh manusia tersebut.Ini kira aku dah translate pada ayat yang paling mudah untuk difahami.

Dulu aku ingat ambil course ni ..nak belajar tentang cara2 nak hipnosis - pukau orang..Wakaka..ala yang ade dalam sesetengah cerita menunjukkan seseorang yang menggunakan jam randik ala-ala orang dulu..renung jam yang digerakkan ke kiri dan ke kanan.haha..tapi mende tu takde dalam subjek aku.

bebudak course aku sume memang da naik blur dengan subjek yang satu nih..macam ne nak buat ek..dah nak abis sem nih..next year da masuk sem 2.Sekejapnya masa berlalu kan?
Tak terasa langsung setiap detik yang berlalu.Kalaulah setiap detik yang berlalu tu adalah duit yang bernilai rm1..bayangkan kalau 1 jam?dah rm60.00.kalau 24 jam?Dah rm1440.00.byak tu...hampir separuh duit ptptn aku untuk 1 sem.tapi tu la..sebab duit tu bukan duit..kita sebagai manusia jadi leka,lalai.alpa.Bukan kita la..aku(aku tulis kita sebab hipokrit nak mengaku bahawa akulah yang lalai tu.tak sampai ati nak cakap diri sendiri dalam kelompok manusia sebegitu).

Kenapa la aku nih pemalas sangat..

ya Allah, terangkan lah hati hambaMu seperti mana Engkau terangkan hati orang-orang yang arif, kurniakan juga hambaMu ini ingatan para rasul dan ilham para malaikat.
Amiiin...

No comments: