Thursday, November 20, 2008

Jauh meninggalkan...

Assalamualaikum...

Nampaknya kita dah menghampiri penghujung tahun 2008..
Bagi aku tahun 2008 merupakan tahun yang terbaik dalam hidup aku.Macam-macam yang telah aku lalui.Banyak sekali perkara-perkara terbaik telah hadir ke dalam hidup aku.Terima kasih tuhanku.Betapa aku bersyukur ke hadratMU yang telah merencana perjalanan hidupku dengan kehendak dan izinMu.

Banyak juga yang telah aku tinggalkan.Kawan2,sekolah tercinta,desa tercinta,hari2 yang terindah,kucing2ku, dan bantal busukku yang jauh di desa..huhu~



Rindu
menggamit aku pulang
pulang ke mana ?
pulang ke masa suka itu
Namun ..
masa suka itu
telahjauh meninggalkan
biarpun
aku berlari tanpa henti
masa suka itu
semakin jauh meninggalkan..
semakin jauh
dan jauh..

iNI KISAH LALU AKU MASA ZAMAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2006-2007...sekarang aku sedang meneruskan pengajian aku di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menggenggam ijazah sarjana muda psikologi...wish me luck..


Ini masa dinner akhir tahun aku di hostel SMK Munshi Abdullah.Well,kitorg memang sempoi gle..
Matlamat utam kita orang pada malam itu adalah untuk makan dengan bersungguh-sungguh..Orang lain sibuk cari si dia ( yelah, time ni la dikatakan pertemuan bermakna..nak bergaya depan pakwe/makwe )..tapi kita orang berbeza.Itulah dia geng 7 sekawan yang gila-gila.Kita orang dah plan awal-awal tugas masing-masing.

Ada antara kami yang akan ambil makanan itu,makanan ini..air itu..air ini..time nih dah takde masa nak budjet ayu ke..cun ke..
masing-masing jadik superwoman, pengganas...haha

Ini lah wajah-wajah superwoman yang menyertai pesta makan sampai kenyang...actually, budak baju purple kat tgh2 tu menyelit dalam kalangan kami golongan form 6..hikhik..
Ini jugalah wajah-wajah yang cuba memberontak di asrama..Kita orang memang gila2..menegakkan keadilan..untuk kepentingan kita orang..hua3..sori ustaz latip..kita orang menjadi penderhaka di saat2 akhir..






Katie,, leha...rindunya kat korang..ble lagi la kita nk jenjalan kat eye of melaka lagi ek?

Leha plak dah nak menamatkan zaman bujang bln Mac tahun 2009..Bila nak buat parti bujang ek?Aku??Bila la aku nak kawen,, satu pertanyaan yang panas dari kawan-kawan aku..Alah..nantilah dulu...Aku nak kumpul anak sedara dari korang ramai-ramai..wawawa...


Hari-hari terakhir di hostel yang menyampah..Itulah title yang aku letak kat laman friendster.Menyampah ke?Taklah juga.Ade juga perkara-perkara terbaik yang datang dari sini.Yang penting aku tak terikat dengan peraturan kat sini.

Bak kata kawan aku,

cepat-cepat la lepaskan jawatan pengerusi asrama cik maziah oi..kita orang tak sabar2 nk mengganas ni..
haha..jaat ..

Terima kasih la kawan2 kerana menghormati aku dan jawatan yang aku pegang.Kadang2 korang buat jahat..aku memang xteragak2 utk join..Mesti korang tension kan bersahabatkan pengerusi asrama...buat jahat nak pikir banyak kali..Kalokorang kantoi.. Puaslah aku nak memback-up..Tapi korang tak pernah kantoi kan..Thanks juga pada korang yang selalu memback-up aku masa aku fly..dan aku akan sentiasa ingat masa kita fly sama-sama..serentak sekali tu weyh...Berkat adik-adik junior yang sanggup membac-up kami semua..thanks so much..all d best without us..


Lepas abis jer STPM..kita orang satu geng pergi bercuti..Rindunya sat-saat itu.Itulah kali pertama dan terakhir kita orang pergi holiday sama-sama.

Ini merupakan masa kami pergi program jati diri kesukarelaan nasional di asahan, gunung ledang..sini banyak menyimpan memori manis antara kami.kami nih memang dasar budak nakal.dua orang member kita orang accident motosikal masa program anak angkat dijalankan.Perkara ni terjadi depan mata aku.Ya allah, yang masih menyayangi budak 2 ekor tu..hidup lagi sampai sekarang..

Ingat lagi kata-kata seorang makcik 'mulut laser' kat kampung tu..

"Nasib baik ko idup lagi yekk"

aku yang dengar kata-kata makcik tu bengang gak la..Iyela member tengah menahan sakit..boleh pulak beliau mengeluarkan kata-kata yang kurang enak tu.haaih..macam2 daa..






Ini masa kitorang nak pergi tilawah al-Quran..Riang jer kitorang kan??Jangan tak tahu..Sebalik keriangan tu ade agenda tersembunyi sebenarnya..

haha..Budak2 junior semuanya pergi ambil tempat duduk nak dengar tilawah tersebut..tapi kami terus menyimpangkan langkah kaki kami pergi membeli-belah tudung murah..ish3...jaat la korang...



Inilah Cikgu Said..Cikgu ekonomi aku..Cikgu paling best kat sekolah kita orang...cikgu paling best selama-lamanya...cikgu paling klaka seumur hidop aku...Beliau telah memberikan duit raya sebanyak rm1.50 kat kita orang sewaktu kitorang dtg raya kat rumah beliau...wakaka...tak leh blah cikgu aku yang sorang ni...









Selamat tinggal kawan2..harap kita akan berkumpul lagi pada masa yang akan datang..Pertemuan terakhir ni akan jadi kenangan yang terindah dalam hidup aku..Jumpa lagi k...Selamat melanjutkan pelajaran dalam bidang masing2.Jagalah maruahmu walau di mana sahaja kalian berada..

JANGAN NAKAL2 LAGI K..


Wednesday, November 19, 2008

last dey tO remember..

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang




assalamualaikum..

hmm

da nk abeh sem 1 aku di universiti kebangsaan malaysia..berikut adalah antara life yang telah aku jalani sebagai mahasiswi di sini..takde la banyak perkara menarik yang telah aku buat sepanjang berada kat sini..


Inilah die kawan-kawan yang mula-mula aku kenali setelah berada di UKM.(gambar atas).Yang sorang tu room mate aku..yang sorang lagi kawan kepada room mate aku yang mengambil course yang sama dengan room mate aku.Dorang tuh budak engineering..aku sorang jer sesat, budak psychology...saiko..saiko...huhu~

Haa, berakhirlah sesi orientasi yang agak menyeksakan..Tapi seronok juga la.Tema kita orang adalah biru..tu yang korang nampak biru jer..
Ade satu ari tu kita orang terlambat...disuruh bangun kol 5.30pagi..tapi kita orang budak2 bertuah nih bangun kol 8.00 pagi..Apa lagi , mencecet kita orang lari tanpa henti pegi dewan gemilang.Huhu..penat gila...

Inilah dewan yang akan menjadi tempat peperiksaan besar di UKM.Juga dewan yang akan menyaksikan pelajar-pelajar mendapatkan degree dan perkara2 yang sewaktu dengannya..tak sabar aku nak menantikan detik itu..InsyaAllah..

Sesungguhnya hidup nih akan banyak perkara-perkara yang akan datang dan pergi.Aku harap aku akan menjdi manusia yang lebih menghargai setiap detik yang berlalu tanpa rasa kesal walaupun ada antara peristiwa itu merupakan peristiwa yang sedih mahu pun mengecewakan.

"Aku tak berharap setiap perkara yang hadir dalam hidup aku adalah peristiwa2 yang indah-indah belaka, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk jadikan setiap perkara yang hadir dalam hidup aku berharga dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri"

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

tOlongLah..

assalamualaikum..
berkali-kali aku menatap muka surat yang sama.namun aku masih tak dapat nak memahami setiap butir yang hendak diterangkan.Ya Allah , kenapalah dengan aku hari ni..padahal member dah datang study group dengan aku..dengan dia sekali tak faham subjek nih..camne ek?sebab ini adalah last paper ke?jadi segala kesungguhan aku nak menelaah dah hilang ditelan keseronokan nak bercuti sebulan?(sebulanlah sangat).


ya Allah, study kat 'u' ni memang mencabar mental aku la.Yelah, aku kan berasal dari tingkatan enam.Jadi suasana pembelajaran tu agak berbeza.Atau aku yang terlalu 'honeymoon' masa first year ni?tu semua alasan je sebenarnya.aku yang main-main.Ni la akibatnya.Atau subjek nih yang terlalu sukar(sekali lagi aku membela kelemahan diri).nampak sangat aku ni hipokrit.
Itulah masa belajar enjoy maut.Lecturer lambat sket je aku da cabut.Aku la orang yamg paling awal sekali men'cabut'kan diri dari dewan kuliah.(tapi setiap kali aku cabut,kebetulan lak lecturer mmg konpom tak masuk).Macam tau2 sahaja student bertuah ni da angkat kaki.Ish3..
Korang tau tak subjek aku nih memang memerlukan aku menterbalikkan kepala untuk aku paham?haha,
salah satunya .. volkerpsychologie..merupakan penemuan asas teori linguistik.Linguistik tu berkaitan dengan kebahasaan la..bahasa yang mempunyai 2 aspek iaitu fenomenon luaran yang melibatkan pertuturan yang kita lakukan dan fenomenon dalaman iaitu proses kognitif yang membawa maksud macam mana otak kita mentafsir apa yang dituturkan oleh manusia tersebut.Ini kira aku dah translate pada ayat yang paling mudah untuk difahami.

Dulu aku ingat ambil course ni ..nak belajar tentang cara2 nak hipnosis - pukau orang..Wakaka..ala yang ade dalam sesetengah cerita menunjukkan seseorang yang menggunakan jam randik ala-ala orang dulu..renung jam yang digerakkan ke kiri dan ke kanan.haha..tapi mende tu takde dalam subjek aku.

bebudak course aku sume memang da naik blur dengan subjek yang satu nih..macam ne nak buat ek..dah nak abis sem nih..next year da masuk sem 2.Sekejapnya masa berlalu kan?
Tak terasa langsung setiap detik yang berlalu.Kalaulah setiap detik yang berlalu tu adalah duit yang bernilai rm1..bayangkan kalau 1 jam?dah rm60.00.kalau 24 jam?Dah rm1440.00.byak tu...hampir separuh duit ptptn aku untuk 1 sem.tapi tu la..sebab duit tu bukan duit..kita sebagai manusia jadi leka,lalai.alpa.Bukan kita la..aku(aku tulis kita sebab hipokrit nak mengaku bahawa akulah yang lalai tu.tak sampai ati nak cakap diri sendiri dalam kelompok manusia sebegitu).

Kenapa la aku nih pemalas sangat..

ya Allah, terangkan lah hati hambaMu seperti mana Engkau terangkan hati orang-orang yang arif, kurniakan juga hambaMu ini ingatan para rasul dan ilham para malaikat.
Amiiin...

Tuesday, November 18, 2008

mak,ibu,ummi,mama..i love u..

hehe~
rindunya pada mak aku hari ini..bukan hari ini sahaja ...selama ini...setiap hari aku merindui beliau..mak, terima kasih kerana melahirkan siti maziah binti abu talib..
Tapi sayangnya aku tidak mewarisi kebaikan mak dalam diri aku..ish3..
aku ini anak yang nakal..degil dan keras kepala.Mana datang agaknya perangai aku yang memang selalu memeningkan kepala mak.Aku juga taklah rajin macam mak.Mak rajin..Mak paling suka memasak.Kalaulah kita orang adik - beradik balik kampung halaman..mak mesti masak banyak-banyak.Dan yang paling tak tahan sekali, dan aku , along dan angah mesti pusing kepala nak berangkat pulang ke kota, mak mesti kirim banyak lauk.haha.sweet kan..kadang-kadang lauk tu sama berat dengan beg baju kita orang adik-beradik.mak..mak..itulah mak saya!!hehe..




Inilah beday cake mak aku...Aku belikan sekadar yang termampu la..hehe..Korang tau tak...Nak tunggu mak aku tiup lilin punya la susah..sebab tunggu ayah aku keluar dari toilet..huhu~
memang lawak la tyme tu..aku dengan along berpeluh-peluh tunggu ayah aku ...sebab kena la tutup kipas bagi mengelakkan lilin-lilin tu dari terpadam...lilin sampai tinggal setengah barulah ayah keluar dari bilik air..

Inilah mak saya..Namanya Robiah bt Jais..berumur 59 tahun..untuk tahun 2008..semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran ..amiiiiiiiiin..

Selamat Hari Ibu dendangan Kumpulan Hujan

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Selamat Hari Ibu - Hujan