Thursday, November 20, 2008

Jauh meninggalkan...

Assalamualaikum...

Nampaknya kita dah menghampiri penghujung tahun 2008..
Bagi aku tahun 2008 merupakan tahun yang terbaik dalam hidup aku.Macam-macam yang telah aku lalui.Banyak sekali perkara-perkara terbaik telah hadir ke dalam hidup aku.Terima kasih tuhanku.Betapa aku bersyukur ke hadratMU yang telah merencana perjalanan hidupku dengan kehendak dan izinMu.

Banyak juga yang telah aku tinggalkan.Kawan2,sekolah tercinta,desa tercinta,hari2 yang terindah,kucing2ku, dan bantal busukku yang jauh di desa..huhu~



Rindu
menggamit aku pulang
pulang ke mana ?
pulang ke masa suka itu
Namun ..
masa suka itu
telahjauh meninggalkan
biarpun
aku berlari tanpa henti
masa suka itu
semakin jauh meninggalkan..
semakin jauh
dan jauh..

iNI KISAH LALU AKU MASA ZAMAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2006-2007...sekarang aku sedang meneruskan pengajian aku di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menggenggam ijazah sarjana muda psikologi...wish me luck..


Ini masa dinner akhir tahun aku di hostel SMK Munshi Abdullah.Well,kitorg memang sempoi gle..
Matlamat utam kita orang pada malam itu adalah untuk makan dengan bersungguh-sungguh..Orang lain sibuk cari si dia ( yelah, time ni la dikatakan pertemuan bermakna..nak bergaya depan pakwe/makwe )..tapi kita orang berbeza.Itulah dia geng 7 sekawan yang gila-gila.Kita orang dah plan awal-awal tugas masing-masing.

Ada antara kami yang akan ambil makanan itu,makanan ini..air itu..air ini..time nih dah takde masa nak budjet ayu ke..cun ke..
masing-masing jadik superwoman, pengganas...haha

Ini lah wajah-wajah superwoman yang menyertai pesta makan sampai kenyang...actually, budak baju purple kat tgh2 tu menyelit dalam kalangan kami golongan form 6..hikhik..
Ini jugalah wajah-wajah yang cuba memberontak di asrama..Kita orang memang gila2..menegakkan keadilan..untuk kepentingan kita orang..hua3..sori ustaz latip..kita orang menjadi penderhaka di saat2 akhir..






Katie,, leha...rindunya kat korang..ble lagi la kita nk jenjalan kat eye of melaka lagi ek?

Leha plak dah nak menamatkan zaman bujang bln Mac tahun 2009..Bila nak buat parti bujang ek?Aku??Bila la aku nak kawen,, satu pertanyaan yang panas dari kawan-kawan aku..Alah..nantilah dulu...Aku nak kumpul anak sedara dari korang ramai-ramai..wawawa...


Hari-hari terakhir di hostel yang menyampah..Itulah title yang aku letak kat laman friendster.Menyampah ke?Taklah juga.Ade juga perkara-perkara terbaik yang datang dari sini.Yang penting aku tak terikat dengan peraturan kat sini.

Bak kata kawan aku,

cepat-cepat la lepaskan jawatan pengerusi asrama cik maziah oi..kita orang tak sabar2 nk mengganas ni..
haha..jaat ..

Terima kasih la kawan2 kerana menghormati aku dan jawatan yang aku pegang.Kadang2 korang buat jahat..aku memang xteragak2 utk join..Mesti korang tension kan bersahabatkan pengerusi asrama...buat jahat nak pikir banyak kali..Kalokorang kantoi.. Puaslah aku nak memback-up..Tapi korang tak pernah kantoi kan..Thanks juga pada korang yang selalu memback-up aku masa aku fly..dan aku akan sentiasa ingat masa kita fly sama-sama..serentak sekali tu weyh...Berkat adik-adik junior yang sanggup membac-up kami semua..thanks so much..all d best without us..


Lepas abis jer STPM..kita orang satu geng pergi bercuti..Rindunya sat-saat itu.Itulah kali pertama dan terakhir kita orang pergi holiday sama-sama.

Ini merupakan masa kami pergi program jati diri kesukarelaan nasional di asahan, gunung ledang..sini banyak menyimpan memori manis antara kami.kami nih memang dasar budak nakal.dua orang member kita orang accident motosikal masa program anak angkat dijalankan.Perkara ni terjadi depan mata aku.Ya allah, yang masih menyayangi budak 2 ekor tu..hidup lagi sampai sekarang..

Ingat lagi kata-kata seorang makcik 'mulut laser' kat kampung tu..

"Nasib baik ko idup lagi yekk"

aku yang dengar kata-kata makcik tu bengang gak la..Iyela member tengah menahan sakit..boleh pulak beliau mengeluarkan kata-kata yang kurang enak tu.haaih..macam2 daa..






Ini masa kitorang nak pergi tilawah al-Quran..Riang jer kitorang kan??Jangan tak tahu..Sebalik keriangan tu ade agenda tersembunyi sebenarnya..

haha..Budak2 junior semuanya pergi ambil tempat duduk nak dengar tilawah tersebut..tapi kami terus menyimpangkan langkah kaki kami pergi membeli-belah tudung murah..ish3...jaat la korang...



Inilah Cikgu Said..Cikgu ekonomi aku..Cikgu paling best kat sekolah kita orang...cikgu paling best selama-lamanya...cikgu paling klaka seumur hidop aku...Beliau telah memberikan duit raya sebanyak rm1.50 kat kita orang sewaktu kitorang dtg raya kat rumah beliau...wakaka...tak leh blah cikgu aku yang sorang ni...









Selamat tinggal kawan2..harap kita akan berkumpul lagi pada masa yang akan datang..Pertemuan terakhir ni akan jadi kenangan yang terindah dalam hidup aku..Jumpa lagi k...Selamat melanjutkan pelajaran dalam bidang masing2.Jagalah maruahmu walau di mana sahaja kalian berada..

JANGAN NAKAL2 LAGI K..


No comments: